Profil Masjid FELCRA Ramuan China

MASJID NAMIRAH, FELCRA RAMUAN CHINA

Latar Belakang
Pada asalnya ia sebuah surau yang dibina pada tahun 1974. Ditauliahkan menjadi sebuah masjid pada tahun 1984. Dibina dengan menggunakan kayu dan papan serta berlantaikan simen. Pada tahun 1990 upacara pecah tanah tapak masjid baru telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd Rahim Bin Tambychik,Ketua Menteri Melaka ketika itu. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1991 dan mula digunakan oleh ahli qariah untuk bersolat pada awal tahun 1993. Projek pembinaan ini dibiayai oleh hasil kutipan sumbangan ahli qariah dan juga bantuan Kerajaan Negeri Melaka. Pada tanggal 04hb Januari 1996,majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Mohd. Zin Bin Hj Abd Ghani. Ia diberi nama " MASJID NAMIRAH".