Pengumuman:         MICTH sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Perkakasan E-Masjid di seluruh masjid Negeri Melaka bermula 8 Julai 2014 sehingga dimaklumkan.Oleh itu sebarang gangguan internet amat kami kesali. Sekian.         Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa, JAIM Bersama DMDI Kali Ke-5         Program Hari Ini: Konvoi Amal Bersama Skuad Amal (PU Fakhrul) di 20 Rumah Asnaf terpilih bagi 6 parlimen 8.30 pg – 10.00 mlm Anjuran Majlis Agama Islam Melaka         Majlis Khatam Al-Quran Puspanita Negeri Melaka 8.30 pg Masjid Al-Azim         Program Ziarah Kecilan & Berbuka Puasa /Sumbangan Raya Bersama Masyarakat Orang Asli 5.00 petang – 10.00 malam Kampung Orang asli Bukit Payung         Program Ihya Ramadan 1435H/2014M Masjid Selat Melaka 6.00 ptg Masjid Selat Melaka         Majlis Berbuka Puasa Bahagian-bahagian / Balai-Balai Polis Daerah Jasin 6.30 ptg Balai-Balai Polis Daerah Jasin         Program Ihya' Ramadhan Sekolah-Sekolah Berasrama Negeri Melaka 2014 di Smka Sharifah Rodziah, Sm Tahfiz Al Quran Chenderah, Smk Bukit Rambai         Program Imam Mekah Malam 25 Ramadan di Masjid As-Syuja'ah Merlimau Utara         Program Sepanjang Ramadhan:         Bazaar Kurma 2014 4-20 Ramadhan, 10.00 pg – 11.00 mlm di Dataran Pusat Islam         Program Tadarrus Al-Quran [8.00pg - Surau IPD Jasin] [9.00 pg - Surau Perumahan IPD Alor Gajah, Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil] [12.00tghhari - Surau Al-Mukmin IPK Melaka, Surau Kompleks Darul Huda] [Selepas Zohor dan Isyak - Masjid Al-Alami, MITC] [Selepas Solat Zohor - Masjid Selat Melaka] [Selepas Solat Terawikh - Masjid Ar-Rasyidin] [Selepas Solat Zohor dan Solat Terawih - Masjid Al-Ghaffar]         Program Tadarrus Al-Quran dan Moreh Selepas Solat Terawikh, Masjid Al-Azim         Ceramah Ihya' Ramadan, Surau Al-Ikhwan IPD Melaka Tengah, 1.30 ptg         Tazkirah Ramadan, Setiap Isnin – Rabu Sebelum Zohor di Masjid Al-Azim         Kuliah Zohor, Masjid Al-Alami, MITC, Sebelum Zohor         Majlis Yasin, Tahlil dan Berbuka Puasa, Masjid Al-Ghaffar, 6.30 ptg         Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sayyidina Ali, Masjid Al-Azim, Masjid Selat, Masjid Al-Alami, Masjid Ar-Rasyidin         Moreh dan Majlis Khatam Al-Quran, Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil         Qiyamullail dan Iktikaf, Masjid Al-Azim         Program Memasak Bubur Lambuk, 2 kali seminggu sepanjang Ramadan,1.00 ptg di Dataran Surau An-Nur Perumahan Polis Jasin         Tadarus Al-Quran Wanita, Setiap Isnin – Khamis Minggu Pertama - Ketiga di Masjid Al-Ghaffar, Jasin         Tazkirah Ramadan, Setiap Selasa @ Khamis, 10.00 pg di Surau Perumahan IPD Alor Gajah         Program Memasak Bubur Lambuk, 3 kali sepanjang Ramadan di Dataran Surau Perumahan Polis Seri Temenggong         Bubur Lambuk Setiap Jumaat, 6,13,20 & 27 Ramadan di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil         Agihan Bubur Lambuk, Selepas Solat Asar di Masjid Al-Alami,MITC         Agihan Bubur Lambuk Di Plaza Tol Simpang Ampat dan Ayer Keroh, 5,12,19 & 26 Julai 6.00 ptg
 
 
  Profil Masjid Selandar

MASJID AL IFFAH, SELANDAR

Latar Belakang
Masjid Selandar terletak di Kilometer 33.6, dari Bandar Melaka dan berada dalam Daerah Jasin di Mukim Selandar dalam kawasan DUN Bukit Asahan. Kawasan masjid ini seluas lebih kurang suku ekar yang telah dipenuhi dengan bangunan batu untuk kemudahan ahli kariah Selandar untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Ianya terletak lebih kurang 2 kilometer dari Pekan Selandar.

Pada awalnya ia dibina pada tahun 1920an dengan menggunakan kayu seluas 30 kaki X 30 kaki persegi yang dibina secara gotong-royong oleh ahli kariah. Kemudian diubahsuai dengan bangunan batu pada tahun 1947. Pada tahun 1987 bagunan tambahan masjid ini dibuat dengan belanja hampir RM 80,000.00 sumbangan dari kerajaan negeri dan dirasmikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Abd. Rahim Bin Tamby Chik.

Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Puan Lena Bt. Md. Ali @ Saidin yang telah disempurnakan secara rasmi melalui anak lelakinya En. Zainal Bin Enjon di atas tanah MCL 134 Lot 1480 Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka.

Pada tahun 1997 dibuat sekali lagi bangunan tambahan dan memasang cermin penutup di sekeliling banguan. Pada masa yang sama dibina banguanan berasingan bagi perpustakaan masjid dan tempat wuduk, setor serta tandas. Pembinaan tambahan ini menelan belanja sebayak RM 160,000.00. Sumber kewangannya dari derma orang ramai RM 80,000.00 dan sumbangan PERTAM sebanyak RM 80,000.00 sahaja.

Pada tahun 2000 dibina Anjung Masjid yang memakan belanja RM 18,000.00 iaitu sumbangan orang ramai.