8:06 e-Masjid - Portal Masjid Negeri Melaka
 
 
  Profil Masjid Batu Gajah

MASJID BATU GAJAH

Latar Belakang
Masjid ini telah dibagunkan di atas tanah lot No. 3359 seluas 0.1114 hektar yang diwakafkan oleh Allahyarham Md Yakin Bin Suboh pada tahun 1948 dan diberi nama "AL-YAAKIN" pada tahun 2004. Masjid ini dibina mengantikan masjid lama yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai banyak tingkap. Dibuat secara gotong royong dan pungutan derma ikhlas daripada orang-orang kampung. Tanah tapak masjid ini diiisi dengan pasir yang diangkut dengan kereta lembu sehingga secukupnya.

Diatas kerja keras bermuafakat orang-orang kampung, masjid yang dibina pada tahun 1948 siap sempurna dirasmikan oleh Tun Hj. Abd Ghafar Bin Baba pada tahun 1952. Kariah asal masjid merangkumi penduduk Batu Gajah, Batu Gajah Pasir, Kampung Air Tawar (sekarang Datuk Nawar) dan sebahagian penduduk Parit Sialang. Kampung Ayer Tawar mohon keluar kariah kerana telah mendapat masjid baru.

Imam pertama bertugas di masjid Batu Gajah ini ialah Allahyarham Tuan Hj. Jaafar Bin Hj. Ahmad diikuti oleh Allahyarham Tuan Hj. Abu Bakar Bin Hj. Ahmad, Allahyarham Pak Itam Hj. Abd Rahman Bin Hj. Othman dan dijawat semula oleh Tuan Hj. Abu Bakar Bin Hj. Ahmad hingga 8 januari 1986. Seterusnya diambil alih tugas oleh Allahyarham Tuan Hj. Abu Bakar Bin MdD Akip hingga 7 Januari 2007. Tuan Imam Hj. Taib Bin Hj. Abd Rahman bertugas sehingga masjid baru siap dibina sepenuhnya (2010).

Manakala Pegawai Pengerusi Masjid bermula dari Allahyarham Tuan Hj. Ramli Bin Hj. Falil (Batu Gajah Pasir), Tuan Hj. Md Zin Bin Abd Rahman (Datuk Nawar), Tuan Hj. Md Lajim Bin Taha KMN, BCT. (Batu Gajah) hingga 31 Disember 2004. Diikuti Tuan Hj. Musa Bin Dawod PPN, BAT. (Batu Gajah) hingga masjid baru siap dibina sepenuhnya (2010).