Masjid Tmn Bkt Rambai


MASJID AR-RAHMAH, TAMAN BUKIT RAMBAI

Latar Belakang
Pada asalnya bangunan telah dibina oleh Pemaju Perumahan iaitu sebuah surau dan dengan nama Madrasah Al-Rahmah pada tahun 1985. Penduduk ketika itu dianggarkan seramai 700 orang. Bilangan rumah pula 250 buah berupa rumah berangkai. Ahli kariah terdiri kakitangan kerajaan, pekerja-kerja swasta, tentera, guru dan pesara kerajaan dan pesara swasta. Oleh kerana peratus ahli kariah ialah 99.9% Melayu Islam, Taman Bukit Rambai sama juga seperti sebuah kampung yang tersusun yang perlu ditadbir seabagai satu kariah biasa yang terdapat di Melaka ini.

Kepadatan penduduk telah bertambah dianggarkan menjelang tahun 2006, jumlah penduduk menigkat hingga 3,000 orang. Telah diberi kebenaran menunaikan Solat Jumaat pada tahun 2001 dan setrusnya diiktiraf sebagai masjid pada tahun 2004. Kini telah melantik Ahli Jawatankuasa serta Pegawai Syarak sendiri untuk mengurus segala kebajikan, seperti nikah kahwin, pertunangan, pelbagai jenis kenduri dan menguruskan kematian yang berlaku kepada ahli kariah dan tanggungan. Pegawai syarak juga terlibat dalam kerja-erja membenteras jenayah maksiat seperti bersekedudukan dan pergaduhan (salah faham) antara jiran. Pihak masjid setiap minggu memprogramkan kelas agama untuk aktiviti masjid. Mengadakan ceramah-ceramah tertentu bagi menyambut ulang tahun dalam klender Islam. Juga terlibat mengadakan kursus-kursus yang dirasaskan berfaedah kepada ahli kariah. Setiap tahun juga pihak masjid mengadakan majlis katam Al-Quran dengan menjemput semua anak-anak didik guru-guru Al Quran yang ada di Taman , untuk digabungkan di satu majis Katam Al-Quran peringkat Taman.

Pada tahun 2003 telah mendapat Kariah sendiri setelah dapat membeli tanah wakaf seluas 2.5 ekar hasil sumbangan orang ramai. Tanah wakaf ini jauhnya kira 1.5 kilometer dari kawasan perumahan. Pihak kerajaan telah membina satu jalan dari Taman melintasi kawasan Tanah Wakaf bagi memudahkan urusan ke tanah wakaf. Tanah wakaf pada masa ini telah mula digunakan. Sebuah bangunan tetap telah dibina bagi kegunaan ahli kariah semasa menjalankan satu-satu upacara pengkembumian. Pihak JKKK kini telah mengusahakan untuk mendapatkan lampu awam bagi salah satu kemudahan ahli kariah. Kini pihak khariah sedang mengusahakan untuk mendapatkan pengurusan Kariah di bawah satu JKKK bagi memudahkan lagi urusan kariah.

Bangunan Masjid ini telah beberapa kali diubahsuai dan baik-pulih untuk keselesaan ahli kariah. Masjid masa kini dibekalkan beberapa unit penyaman udara bagi ntujuan keselesaan ahli jamah. Bagi tujuan senggaraan pihak masjid telah menswastakan kerja-kerja luaran masjid dan kerap mengadakan kerja-kerja gotong royong untuk membersihkan masjid oleh ahli kariah sendiri. Masa kini usaha sedang dirancang untuk mengubahsuai masjid termasuk kerja-kerja pembesaran masjid bagi keselesaan ahli kariah.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Hj Rahim B. Harun (06-3513816 / 013-6226997)
Tim.Pengerusi : Hj Abdullah Abd Samad (012-6769992)
Setiausaha : Abu Hanipah B. Said (06-3514414 / 019-2760014)
Pen.Setiausaha : Hj. Ishak B. Md. Yusof (017-3065427)
Bendahari : Hj Khamis B. Md Jan (016-6990537)
AJK : Hj Shawal B. Selamat (06-3513289/017-3085244)
: Hj Abu Bakar B. Yunus (06-3513184)
: Hj Mazlan B. Hashim (06-3512701/012-2646955)
: Hj Abdul Sukor B. Othman (06-3514509/016-2071192)
: Hjh Laila Bt. Hamid (06-3512707/017-2741451)
: Mohd Kamal B. Ahmad (012-3585731)
: Ahmad Nor Iman B. Hj. Shawal (06-3513289/017-6616291)
: Selamat B. Hashim (012-6206773)
: Hj Hussein B. Salleh (06-3513554/013-6133922)
: Muhammad Radzi B. Abdullah (06-3510970)
: Hj Rahman B. Ahmad (06-3513437)
: Zamani B. Hj. Abu Bakar (012-9420479)
: Hj Mohd Taib B. Hashim (019-7637030)
: Samirah Bt. Toyip (019-6225244)
Pemeriksa Kira-kira : Baser B. Othman (012-2937648)
: Halim B. Hamid (012-2508271)

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Tn. Hj Abdullah B. Samad (012-6769992)
Imam 2 : Ustaz Mohd Kamal B. Ahmad (012-3585731)
Imam 3 : Tn. Hj Abu Bakar B. Yunus (06-3513184)
Bilal : Tn. Hj Shawal B. Selamat (06-3513289 / 012-6336807)
Noja : Tn. Hj. Ishak B. Md Yusof (06-3515116 / 017-3065427)
Pjw 1 : Pn Hjh Lailah Bt. Hamid (06-3512707/012-6981924)
Pjw 2 : Pn Hjh Khatijah Bt. Sheikh Omar (019-6087836)

 

 

  e-Hubung Masjid Tmn Bkt Rambai


Alamat Masjid:
Masjid Ar Rahmah,
Taman Bukit Rambai,
No. 1, Jln Perawan 6,
75250 Bukit Rambai,
Melaka.
Tel: 06-3510375

  Sudut Dalam Masjid Tmn Bkt Rambai

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)