Masjid Paya Rumput


MASJID AS-SALIHIN, PAYA RUMPUT BT 8 1/2

Latar Belakang

Masjid As-Salihin terletak di batu 81/2 kampung Paya Rumput kira-kira 15 kilometer dari bandar Melaka menghala ke Alor Gajah. Pada awalnya masjid ini dibina dengan kayu secara bergotong-royong oleh penduduk kampung sekitar tahun 1840-an di atas tapak tanah seluas 1/4 ekar yang diwakafkan oleh Tn. Hj. Johar Bin Othman. Pada tahun 1925 atau 1347 hijrah bangunan masjid telah dirubohkan dan dikhairatkan dikampung sebelah iaitu di Krubong. Kemudian seorang dermawan dari Kampung Ulu iaitu Pn. Hajah Khadijah Bt abd. Rahman telah menyumbang dana untuk pembinaan semula masjid daripada batu secara bergotong royong.

Pada 9 September 1999 kubah masjid ini telah terkena sambaran petir. Kubah tersebut telah diperbaiki semula pada tahun itu dengan kubah yang berbentuk bawang. Masjid ini telah diwartakan dibawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemunggaran Warisan Budaya 1988.Enakmen No:6 tahun 1988. Pembinaan masjid ini kemudian ditambah di bahagian belakang dengan bangunan baru oleh seorang penderma iaitu Datuk Sofiahdin seorang pemaju perumahan di Kuala Lumpur dengan nilaI lebih kurang RM 300,000.00. Terdapat sebuah bilik  untuk menyimpan perkakas kematian (kini menjadi kuarters bilal). Keluasan masjid ini boleh memuatkan hampir 3000 orang.




 


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Tn. Hj. Esa Bin Md Yusoff (016-2181440)
Naib Pengerusi : Tn. Hj. Khalil Bin Hj Ahmad (012-3799890)
Setiausaha : En. Husin Bin Dalib (012-6500353)
Pen.Setiausaha : En. Hamidi Bin Harun (012-6963847)
Bendahari : En. Jamaludin Bin Daud (013-6511302)

 

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Tn. Hj. Mohamad Faisal Bin Hj. Ahmad ( 06-3161704 / 0129350392)
Imam 2 : -
Imam 3 : -
Bilal : En. Muhammad Hummam Bin Wan Sukri (013-3038646)
Noja : En. Sanusi Bin Zainal (06-3162881 / 012-6814708)
Pjw 1 : Pn. Mahaya Binti Yatim (017-6912995)
Pjw 2 : Pn. Saerah Binti Mat Shah(013-2644689)

  e-Hubung Masjid Paya Rumput

  Sudut Dalam Masjid Paya Rumput

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)