Masjid Selandar


MASJID AL IFFAH, SELANDAR

Latar Belakang
Masjid Selandar terletak di Kilometer 33.6, dari Bandar Melaka dan berada dalam Daerah Jasin di Mukim Selandar dalam kawasan DUN Bukit Asahan. Kawasan masjid ini seluas lebih kurang suku ekar yang telah dipenuhi dengan bangunan batu untuk kemudahan ahli kariah Selandar untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Ianya terletak lebih kurang 2 kilometer dari Pekan Selandar.

Pada awalnya ia dibina pada tahun 1920an dengan menggunakan kayu seluas 30 kaki X 30 kaki persegi yang dibina secara gotong-royong oleh ahli kariah. Kemudian diubahsuai dengan bangunan batu pada tahun 1947. Pada tahun 1987 bagunan tambahan masjid ini dibuat dengan belanja hampir RM 80,000.00 sumbangan dari kerajaan negeri dan dirasmikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Abd. Rahim Bin Tamby Chik.

Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Puan Lena Bt. Md. Ali @ Saidin yang telah disempurnakan secara rasmi melalui anak lelakinya En. Zainal Bin Enjon di atas tanah MCL 134 Lot 1480 Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka.

Pada tahun 1997 dibuat sekali lagi bangunan tambahan dan memasang cermin penutup di sekeliling banguan. Pada masa yang sama dibina banguanan berasingan bagi perpustakaan masjid dan tempat wuduk, setor serta tandas. Pembinaan tambahan ini menelan belanja sebayak RM 160,000.00. Sumber kewangannya dari derma orang ramai RM 80,000.00 dan sumbangan PERTAM sebanyak RM 80,000.00 sahaja.

Pada tahun 2000 dibina Anjung Masjid yang memakan belanja RM 18,000.00 iaitu sumbangan orang ramai.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : En. Aripin Bin Hj Ali (019-3745409)
Tim.Pengerusi : Datuk Abu Dollah Bin Hitam (013-6313991)
Setiausaha : En. Anuar Bin Kanchil (013-6840188)
Pen.Setiausaha : Tn. Hj. Abu Bakar Bin Komeng (06-5253575)
Bendahari : En. Abd. Aziz Bin Kanchil (019-3370454)

 

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : En. Md Jamal Bin Md Yusof (06-5251044 / 019-3723332)
Imam 2 : En. Mohd Syahzul Bakri Bin Yunus
Imam 3 : -
Bilal : En. Mohd. Nisham Bin Sapari (012-7678087)
Noja : En. Azaluddin Bin Abdullah (06-5251990 / 017-6578378)
Pjw 1 : Pn. Leha Binti Ahmad (06-5253524 / 019-6813096)
Pjw 2 : Pn. Zalila Binti Sarip (06-5251078)

  e-Hubung Masjid Selandar


Alamat Masjid:
Masjid Al Iffah,
Km. 34, Al Iffah Selandar,
77500 Selandar
Melaka.
Tel: 06-5252033
  Sudut Dalam Masjid Selandar

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)