Masjid Jamek Putera


MASJID JAMEK PUTERA

Latar Belakang
Masjid Jamek Putra, Masjid Tanah yang ada sekarang merupakan masjid yang dibina bagi menggantikan masjid asal. Masjid yang asal letaknya di tepi sungai berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan jalan ke arah Kampung Air Limau. Masjid asal sudah terlalu lama usianya dan tidak dapat menampung kapasiti jemaah yang kian bertambah setiap tahun.

Mengikut cerita orang-orang yang terdahulu, iaitu lebih kurang pada kurun ke sembilan belas di atas tapak masjid asal itu terdapatnya sebuah bukit kecil seperti busut menyerupai bentuk sebuah khubah masjid. Pada mulanya, penduduk kampung yang tinggal berhampiran tidak memberikan perhatian sangat terhadap busut tersebut.
Sehinggalah seorang yang dianggap wara' dalam kampung tersebut telah bermimpi yang mana di dalam tidurnya dia didatangi oleh satu lembaga dan ianya mengsyorkan dibina sebuah masjid di situ. Setelah mengamati mimpinya itu, maka beliau berbincanglah bersama-sama dengan orang-orang kampung mengenai mimpi itu. Akhirnya tercapailah kata sepakat membina sebuah masjid di situ.

Oleh kerana batu bata belum ada lagi pada zaman itu, maka bak kata pepatah; bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, dengan berbekalkan taqwa serta semangat gotong-royong, kemasyarakatan dan setiakawan yang tebal dan jitu, akhirnya terbinalah sebuah masjid dari tanah liat sepenuhnya. Entah bagaimana bentuk dan saiznya tidaklah diketahui.

Sempena peristiwa itu, kampung ini yang asalnya dipanggil Kampung Sungai Baru ditukar kepada Kampung Masjid Tanah mengambil sempena masjid asal dan yang pertama dibina di kampung ini, hatta di daerah ini dengan tanah sepenuhnya.

Masjid asal yang masih wujud lagi sekarang mungkin bukan masjid yang asal kerana ada persamaan dari segi rekabentuk dengan masjid-masjid lain yang dibina dalam satu era tertentu. Bagaimanapun ia menjadi salah satu bangunan bersejarah dikampung ini. Di sebalik lagendanya, masjid asal ini meninggalkan banyak nostalgia kepada generasi pertama dan kedua kita yang masih hidup lagi sehingga kini.

Berbalik kita kepada Masjid Jamek Putra, perkataan "putra" pada nama masjid ini adalah mengambil sempena nama bapa kemerdekaan negara kita Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Tapak masjid ini asalnya adalah tanah sawah tetapi telah diwakafkan oleh tuan-tuan punya: Allah Yarhamah-Allah Yarhamah Hajah Lamah Binti Mat, Hajah Mani Binti Sidin dan Hajah Amah Binti Che' Mat.


     
     
     
     
     

 


Ahli Jawatankuasa Masjid:

Pengerusi : Tn. Hj. Ishak Bin Husin (06-3841707 / 019-2744414)
Tim.Pengerusi : Tn. Hj. Zainal Bin Hj. Othman (06-3841936 / 013-6311936)
Setiausaha : Tn. Hj. Masri Bin Juhari (06-3841288 / 019-6975311)
Pen.Setiausaha : En. Saifudin Bin Hj. Abdul Advis (06-3853248 / 012-2669284)
Bendahari : Tn. Hj. Ab Rahim Bin Hj. Long (012-3840222)

 

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : En. Mohd Zaidi Bin Haron (016-4082400)
Imam 2 : Tn. Hj. Isa Bin Nordin (06-3842201)
Imam 3 : En. Bahaman Bin Saadon
Bilal : En. Samsudin Bin Hj. Ashari (019-3586469)
Noja : En. Jumaat Bin Ahmad (012-7280087)
Pjw 1 : Pn. Hjh. Fatimah Binti Mohd Yusoff (06-3842660)
Pjw 2 : Pn. Sapiah Binti Itam (06-3841198)

 

  e-Hubung Masjid Jamek Putera


Alamat Masjid:
Masjid Jamek Putera,
Km.28.8 Masjid Tanah,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
Tel: 06-3842746

  Sudut Dalam Masjid Jamek Putera

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)