Masjid Solok Duku


MASJID NUR EHSAN, SOLOK DUKU

Latar Belakang
Masjid Solok Duku merupakan sebuah masjid yang terletak dalam Daerah Alor Gajah, Melaka. Kampong Solok Duku adalah merupakan sebuah perkampungan Melayu,terletak lebih kurang 1.5 Km dari Bandar Masjid Tanah menghala ke Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Keluasan kawasan pentadbiran lebih kurang 24 batu persegi. Kampung ini telah wujud (di maklumkan secara lisan) sebelum peperangan Datuk Naning. Oleh sebab itu hampir keseluruhan penduduk kampung ini bertutur dalam dailek Negeri Sembilan.

Nama Solok Duku di percayai diambil sempena nama beberapa batang pokok Duku yang hidup ditebing sungai. Dari kawasan inilah bermulanya kawasan perkampungan dan berkembang hingga sekarang.Masjid Solok Duku pada awalnya dibina dengan cara bergotong royong dengan mengunakan bahan kayu dan beratap daun rumbia.

Pada tahun 1927 sebuah masjid di bina mengunakan batu bata dan beratapkan genting telah di bina secara bergotong royong mengantikan masjid yang lama.Bentuknya sama seperti Masjid Kampung Hulu,masjid Lama Masjid Tanah dan Tengkera.

Pada 26 Mac 1982 ,usaha untuk membaik pulih bangunan masjid ini telah di buat dan keputusan di ambil untuk mengantikan masjid lama kepada bangunan yang baru di atas sekeping tanah yang telah di wakafkan dengan keluasan tanah 1ekar berhampiran tapak yang lama. Sebuah masjid yang baru telah siap dibina dengan kemudahan api dan air oleh Kerajaan Negeri Melaka dan di rasmikan oleh TYT Negeri Melaka dan masjid ini kemudianya di namakan Masjid Nur Ehsan.

Penduduk kampung ini terdiri daripada 434 kelamin(rumah) berbangsa Melayu yang beragama Islam, manakala bangsa lain seperti India dan Cina lebih kurang 35 orang.Pekerjaan utama penduduk kampung ini ialah petani ,penternak dan menoreh getah.Hasil utama kampung ini ialah getah dan hasil buah buahan.Pada masa sekarang ramai dari penduduk kampung ini telah mempunyai pekerjaan yang tetap. Masjid ini menawarkan pengajian kitab kitab pondok setiap hari Jumaat,sabtu ahad dan selasa selepas solat Maghrib.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Tn. Hj. Md Sabri Bin Hussin (013-3983864)
Tim.Pengerusi : Tn. Hj. Baharudin Bin Puteh (012-3031550)
Setiausaha : En. Ramli B. Mohamad Sidik (012-2877112)
Pen.Setiausaha : Tn. Hj. Rosni Sham B. Samion (017-5331215)
Bendahari : En Shahrul Azhar B. Amir (017-3627630)

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : En. Baharudin Bin Puteh (06-3844803 / 012-3031550)
Imam 2 : En. Sulaiman Bin Ibrahim (06-3516867 / 016-6624855)
Imam 3 : En. Mohd Faiaz Bin Sukir@Suin (016-6424786)
Bilal : En. Ahmad Akmal Bin Johan (06-3842092 / 012-6085121)
Noja : En. Hashim Bin Mohd (017-6353036)
Pjw 1 : Pn. Sharipah Binti Kassim (06-3845912)
Pjw 2 : Pn. Ishah Bini Saad (06-3844570)

  e-Hubung Masjid Solok Duku


Alamat Masjid:
Masjid Nur Ehsan,
Batu 16 1/2,
Kg Solok Duku,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
Tel: 06-3846051

  Sudut Dalam Masjid Solok Duku

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)