Masjid Gangsa


MASJID IHSANUDDIN, KG. GANGSA

Latar Belakang
Sejarah Masjid Kampong Gangsa sekitar tahun 1918 penempatan penduduk di Kampong Gangsa bermula, pada waktu itu penduduk Kampong Gangsa tidak ramai, mereka sepakat bergotong royong membina sebuah surau kayu, di tapak Masjid Kampong Gangsa yang sediada sekarang. Selepas Merdeka pada tahun 1964 atas bantuan kerajaan, surau kayu tersebut telah dirobohkan dan didirikan sebuah bangunan masjid. Tanah tapak masjid di wakafkan oleh seorang penduduk Kampong Gangsa, bangunan masjid Kampong Gangsa dibina pada waktu itu hanya dapat menampung jemaah disekitar 150 orang sahaja. Pada tahun 1975 atas bantuan kerajaan sekali lagi kawasan Masjid Gangsa telah diperbesarkan dan boleh menampung jemaah di dalam masjid seramai 400 orang. Dari setahun ke tahun penduduk-penduduk Kampong Gangsa bertambah, taman-taman di sekitar Kampong Gangsa di dirikan bagai cendawan. Terdapat 9 taman di sekitar Kampong Gangsa yang mana telah menyebabkan Masjid Kampong Gangsa menjadi terlalu padat, lebih-lebih lagi pada hari-hari raya, hari Jumaat, jemaah yang datang ke masjid, bersolat hinggakan di luar kawasan masjid. Ahli-ahli Jawatan Kuasa Lembaga Masjid Kampong Gangsa, menyedari masalah ini, Masjid Kampong Gangsa perlu pembangunan maupun pembaikkan-pembaikkan segera, bagi menampong jemaah dan jemaah dapat beribadat dengan lebih selesa.

Alhamdulliah pada tahun 2003 dengan bantuan orang ramai, ruang solat wanita dan tempat mengambil wuduk telah dapat dibesarkan dengan perbelanjaan sebanyak RM14,000.00. Begitu juga pada tahun 2007 kawasan masjid dilebarkan lagi sehingga ke kawasaan permukaan jalan, semua perbelanjaan sebanyak RM27,000.00, hasil sumbangan penduduk-penduduk kampong dan penduduk-penduduk taman di sekitar Kampong Gangsa. Bangunan tandas lama dan tempat mengambil wuduk lelaki, telah dibaik pulih serta di dirikan Bangunan Tandas Baru, hasil dari bantuan Kerajaan. Dengan pembesaran tersebut, maka dapatlah Masjid Kampong Gangsa menampong jemaah dari 600 hingga ke 750 jemaah dalam satu-satu masa, dalam tahun 2008 atas arahan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka, Masjid Kampong Gangsa telah di tukarkan Masjid Ihsanuddin Kampong Gangsa. Dalam usaha mencapai hala tuju Rumah Allah ini,beberapa item sentiasa diberi keutamaan serta penekanan, seperti memperbanyakkan majlis-majlis ilmu, persekitaran masjid yang bersih, Pasarana yang mencukupi dan keselamatan yang terkawal.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : En. Ibrahim Bin Mohammad Nor (012-2463602)
Tim.Pengerusi : En. Rahim Bin Omar (012-2589003)
Setiausaha : En. Omar Bin Yahya (06-5532034 / 012-2724236)
Pen.Setiausaha : -
Bendahari : En. Abd Latib Bin Awaludin (012-6701979)

 

Pegawai Syarak Masjid :

Imam 1 : En. Mohamad Bin Harun (016-6347967)
Imam 2 : En. Abd Latip Bin Awaludin (06-5532754)
Imam 3 : -
Bilal : Tn. Hj. Mustaffa Bin Osman (06-5533732 / 017-6577403)
Noja : En. Md Yusuf B. Hj Mohd Nor (06-5534198)
Pjw 1 : Pn. Foziyah Binti Abdullah (019-6862975)
Pjw 2 : Pn Latifah Bt. Abdullah (016-6478834)

 

  e-Hubung Masjid Gangsa


Alamat Masjid:
Masjid Ihsanuddin,
Kampung Gangsa,
76100 Durian Tunggal,
Melaka.
Tel: 06-5534116

  Sudut Dalam Masjid Gangsa

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)