Masjid Merlimau Utara


MASJID ASY SYUJ'AH, MERLIMAU UTARA

Latar Belakang
Pada tahun 2006 hasil dari Penubuhan Jawatankuasa Penaja Masjid Merlimau maka jawatankuasa telah merancangkan untuk menubuhkan Kariah baru iaitu selepas pecah kariah dari Kariah asal iatu Kariah Merlimau Pasir. Setelah jawatankuasa dibentuk dan kariah telah di pecahkan dari Merlimau Pasir maka solat jumaat pertama telah didirikan atas nama Kariah Merlimau Utara. Buat permulaan ahli kariah Merlimau Utara menumpang di Pusat Islam Politeknik Merlimau selama hampir 2 tahun.

Pembangunan Masjid Merlimau Utara mengabil masa lebih kurang 2 tahun dan kos pembinaannya sebanyak RM 4.7 juta. Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM 3juta dan selebihnya disumbangkan oleh individu, ahli kooperat serta individu ahli kariah. Pembinaan menara masjid pula dibuat setahun selepas masjid digunakan dan kos pembinaanya melebihi RM 340.000 sumbangan ahli koperat ,individu dan Majlis Agama Islam.

Masjid ini boleh menampung jemaah sebanyak 4800 dalam satu masa. Solat jumaat pertama telah diadakan pada awal Ramadan 2007. Lokasi masjid ini berhadapan Politeknik Merlimau iaitu di km 16 Jalan Jasin - Merlimau. Masjid ini telah dirasmikan oleh YAM Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najid bin Tun Abd. Razak pada 4 Febuari 2010. Masjid Merlimau Utara telah dinamakan Masjid AsSyujaah pada 2008 mengambil nama salah seorang pendakwah dan orang alim di Merlimau pada masa dahulu yang berusaha menghapuskan fahaman khurafat di Merlimau ketika itu yang bernama Abu Sujak. As Syujaah juga bermaksud Keberanian . Beraninya AJK Penaja yang tidak mempunyai dana pembinaan akhirnya berkat sabar dan gigih mencari dana pembinaan akhirnya berjaya terbina masjid yang tersergam indah dengan izin Allah.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Abdul Nasir Bin Bazid (019-6624162)
Naib Pengerusi : Sdg Tn Hj Maslah Bin Hj Hasan (017-3569857)
Setiausaha : Suhairudin Md Said (016-6659420)
Pen.Setiausaha : En. Muhammad Nasrul Bin Yusof (017-6064617)
Bendahari : Tn Hj Samin B. Hj Mohd Yatim (017-6738600)

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Hj Maridan B. Hj Kupah (06-2633230 / 0126844005)
Imam 2 : Hj Mohamad Ali B. Sungip (06-2633846 / 013-6279840)
Imam 3 : -
Bilal : Isa B. Hamid(06-2632740 / 019-6218734)
Noja : Hj Samin B. Md Yatim (06-2632314 / 017-6738600)
Pjw 1 : Pn Zaiton Bt. Md Eros (06-2633846)
Pjw 2 : Rasilah Binti Sarapin (019-7027489)

  e-Hubung Masjid Merlimau Utara


Alamat Masjid:
Masjid Asy Syuj'ah,
Jalan Jasin Merlimau,
Merlimau Utara,
77300 Merlimau,
Melaka.

  Sudut Dalam Masjid Merlimau Utara

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)