Masjid Chabau


MASJID AL-HIDAYAH KG CHABAU

Latar Belakang
Masjid Al-Hidayah Kampung Chabau merupakan sebuah masjid yang mempunyai dua kariah iaitu Kariah Chabau dan Kariah Sempang Bekoh. Ianya telah didirikan pada awal tahun 1935 dengan bangunan yang diperbuat daripada kayu. Namun pada tahun 1965, bangunan kayu telah ditukar kepada bangunan batu di tapak masjid yang sama. Pada mulanya bangunan asal hanyalah pada bahagian tengah masjid (ibu), ditambah baik lagi dengan pembinaan bangunan tambahan di bahagian kiri dan kanan pada sekitar tahun 1980an. Penambahan ini adalah bagi menampung keperluan jemaah yang meningkat terutamanya ketika sembahyang Hari Raya.

Pada tahun 1999, Majlis Agama Islam Melaka telah meluluskan permohonan untuk menamakan masjid ini dengan nama "Masjid Al-Hidayah". Nama ini adalah idea Pengerusi Masjid pada ketika itu iaitu Tuan Haji Jemiran bin Haji Mohd Nor. Nama tersebut dipilih dengan harapan agar masjid, penduduk dan kariah Kg. Chabau akan terus mendapat hidayah daripada Allah swt.

Memandangkan keadaan masjid ini agak uzur serta kawasannya yang terlalu sempit, pihak Jawatankuasa Lembaga Masjid dan JKKK telah memohon sebuah masjid baru di kawasan lain yang lebih luas untuk kegunaan jemaah ahli kariah. Permohonan telah diluluskan oleh pihak Pejabat Daerah Jasin dan menunggu pembinaannya.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Hj Rosli B. Hj Mohamad (019-3763080)
Tim.Pengerusi : Hj Md Yusoff B. Hj Ismail (06-5237632)
Setiausaha : Abd Samad B. Rahman (016-9779037)
Pen.Setiausaha : Badrul Hisyam B. Hj Mohd Yusof (012-9179697)
Bendahari : Hj Mohamad Shamsur B. Salim (017-6107216)

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Hj Rosli B. Mohamad (06-5235441 / 019-3763080 )
Imam 2 : Hj Md Yusop Bin Hj Bujang (06-5298632 / 0133626140)
Imam 3 : -
Bilal : Ithnin Bin Hj Babok (06-5236914)
Noja : Sharip Bin Safar (018-2771172 / 010-5493458)
Pjw 1 : Pn Hasimah Bt. Ibrahim(06-5237015 / 017-6184602)
Pjw 2 : Pn Hjh Minah Bt. Lajis (06-5236954 / 017-2556581)

  e-Hubung Masjid Chabau

  Sudut Dalam Masjid Chabau

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)