Masjid Pulai


MASJID AR-RAHMAN PULAI

Latar Belakang
Selepas Perang Dunia Pertama perkembangan Islam dan kesedaran penduduk di Solok Pulai telah menampakan suatu perubahan yang positif. Pemimpin-pemimpin masyarakat awal tahun 1920an telah berusaha mencari tempat yang sesuai untuk didirikan sebuah Masjid sebagai pusat perkembangan dan penyebaran Islam di Solok Pulai / perkampungan nelayan di persisiran Selat Melaka.

Syukur Alhamdulillah dari permuafakan semua pihak akhirnya terdirilah sebuah Masjid kayu (separuh kekal) pada tahun 1932. Dari tarikh tersebut Solat Jumaat mula didirikan di Solok Pulai hinggalah ke hari ini. Dengan terdirinya masjid ini juga bererti telah memberi kemudahan kepada seluruh penduduk untuk berjemaah dan menambah ilmu keagamaan terutama sekali untuk Solat Jumaat. Ini bererti mereka tidak susah lagi meredah pasir berjalan kaki ke Masjid Serkam hampir dua batu jauhnya dari tempat tinggal mereka.

Sejak terdirinya Masjid Pulai perkembangan penduduk terus bertambah pesat apatah lagi kemudahan persekolahan telah ada. Ini bererti pendidikan formal telah bermula dikampung ini selepas Perang Dunia Kedua (1946).

Pendidikan dan agama tidak dapat dipisahkan bahkan keduanya mesti seiring jalan. Justeru itu dengan adanya Masjid Pulai dan terdirinya Sekolah Melayu Pulai sekaligus mempengaruhi perubahan penduduk didesa ini.

Masjid Pulai telah terlibat dengan empat kali perubahan / pembesaran iaitu pada tahun 1940an, 1960an, 1980an dan 1998. Pembesaran pada tahun 1998 adalah merupakan projek pembesaran yang terbesar pernah diadakan iaitu melibatkan kira-kira perbelanjaan sebanyak RM 170 ribu. Dengan pembesaran ini Masjid Ar-Rahman bertambah luas dan indah apatah lagi dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.




     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : En. Saifudin Bin Abd Aziz (019-6088070)
Tim.Pengerusi : Ustz Husni Bin Ali Hassan (013-6446619)
Setiausaha : En. Mohd Fadzil Bin Mohd Rashid (017-3096651)
Pen.Setiausaha : Tn. Hj. Mohd Nasib Bin Hj Hamzah (019-5958589)
Bendahari : En. Rosli Bin Buang (012-6393734)

 

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : En. Abdul Rahman Bin Rosman (06-2616245 / 017-2795751)
Imam 2 : Tn. Hj. Asran Bin Mamat (062610734 / 0196003629)
Imam 3 : -
Bilal : -
Noja : Mohd Fadzil Bin Mohd Rashid
Pjw 1 : Pn. Hjh. Ramlah Binti Muhamad (06-2619553 / 017-6237247)
Pjw 2 : Pn. Hjh. Fatimah Binti Deni (06-2610859 / 012-9035586)

  e-Hubung Masjid Pulai


Alamat Masjid:
Masjid Ar Rahman,
Km. 16.8, Kg Pulai,
77300 Merlimau Melaka.
Tel: 06-2615813

  Sudut Dalam Masjid Pulai

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)