Masjid Sempang


MASJID AS SYAKIRIN KG. SEMPANG

Latar Belakang
Masjid ini telah dibina oleh Iskandar Zulkarnain yang berasal daripada Palembang bersama 8 orang panglima. Dari sana mereka mudek ke Kuala Sempang lalu mendirikan sebuah surau yang asalnya tapak masjid sekarang ini. Baginda mendapat anak bernama Syed Alauddin terkenal dengan gelaran Tok Sadin bersama 5 orang adik beradik.

Apabila penduduk telah ramai tapak surau dijadikan tapak masjid sehinggalah sekarang ini tanpa sebarang banyak perubahan. Terdapat 4 tiang kayu di dalam masjid. Kayu tersebut bernama Kayu Medang Kesila yang asalnya sebesar 2 pemeluk. Apabila ditebang dan tumbang ke tanah terus terbelah 4. Isteri Tok Sadin bernama Norisah yang juga salah seorang panglima perempuan mendirikan keempat-empat tiang tersebut seorang diri pada waktu magrib. Begitulah kata-kata orang tua di kampung ini. Tapak rumah Tok Sadin dijadikan tanah perkuburan Islam Kg. Sempang sekarang ini.




     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :


Pengerusi : Shapie bin Mat Dawi (017-3499458)
Tim.Pengerusi : Saadon Bin Baharom (012-9190644)
Setiausaha : Jasmi Bin Manaf (019-6044718)
Pen.Setiausaha : Mazli Bin Othman (012-6845248)
Bendahari : En Jaafar B Jabar (016-6848637)

 

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Hj Masud B. Hj Mohd Dan (017-6263152)
Imam 2 : Hj Kasim B. Yaakup (017-6013394)
Imam 3 : -
Bilal : Mohd Ariff B. Mohd Nasir (017-2648833)
Noja : -
Pjw 1 : Pn Rohani Bt. Ahmad (06-2635209)
Pjw 2 : Pn Thuaibah Bt. Ibrahim (013-6942081)

  e-Hubung Masjid Sempang


Alamat Masjid:
Masjid As Syakirin,
Kampung Sempang,
77300 Merlimau,
Melaka.
Tel: 06-2636034

  Sudut Dalam Masjid Sempang

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)