Masjid Bukit Nibong


MASJID AL RIDWAN, KG. BUKIT NIBONG

Latar Belakang

Terletak di tengah-tengah persimpangan utama Kampung Bukit Nibong, Masjid Al-Ridhwan berdiri teguh hampir 70 tahun. Dibina kira-kira pada akhir 1940an, masjid ini dinamakan Al-Ridhwan yang bermaksud bersempena permuafakatan seluruh ahli kariah pada masa itu. Pada asalnya, masjid ini telah dibina berasaskan kayu dan beratapkan daun rumbia. Pembinaan masjid ini bertambah signifikan kepada penduduk apabila dibina atas semangat permuafakatan dan kejiranan yang tinggi yang tidak berbelah bahagi sehingga menjadi pusat ibadat, perkumpulan dan kegiatan ilmiah masyarakat yang majoritinya berketurunan Jawa.

Kerjasama pembinaan masjid ini telah dijalankan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Allayarham Haji Marzuki, iaitu imam pertama masjid ini. Walau bagaimanapun, tapak asal masjid tidak kekal lama disebabkan oleh banjir. Kemudian, Haji Abdul Aziz ( imam pada masa itu ) mengambil inisiatif memindahkan tapak masjid ke rumah beliau yakni lebih tinggi.

Perubahan demi perubahan dilalui oleh masjid ini. Pada tahun 1951, Masjid Al-Ridhwan sekali lagi dipindahkan ke tapak masjid baru dengan binaan konkrit. Berikutan pertambahan jumlah penduduk, masjid ini telah dibesarkan. Pada 20 Mac 1993, Masjid Al-Ridhwan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba. Kini, masjid ini telah melalui pengubahsuaian yang lebih realistik mengikut peredaran zaman. Bahkan, penduduk Kampung Bukit Nibong boleh berbangga apabila masjid ini juga merupakan antara masjid kampung yang pertama dilengkapi pendingin hawa.

Pelbagai aktiviti pengimarahan masjid telah direncana bagi menarik segenap strata umur masyarakat untuk terus memakmurkan masjid ini. Semoga Masjid Al-Ridhwan akan terus mampan menjalankan fungsinya ibarat nukleus untuk pengabdian diri kepada Tuhan sehinggalah kepada aktiviti kemasyarakatan.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Rozaili B. Mohd Ali (019-6290155)
Tim.Pengerusi : Kamaluzaman B. Abd Manap (012-3693309)
Setiausaha : Saiful Nazri bin Arif (013-8635011)
Pen.Setiausaha : Mohd Bahror B. Maruan (019-3628707)
Bendahari : Abu Bakar B. Mamat (017-3561223)

 

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Hj Md Isa B. Hj Abdullah (06-2682150)
Imam 2 : Hj Abd Manap B. Arsat (06-2683931 / 017-3076654)
Imam 3 : En Samit B. Hj Rikwan
Bilal : Hj Ahmad B. Hj Mikrom (06-2681296)
Noja : Abu Bakar B. Mamat (06-2083744)
Pjw 1 : Pn Rodiah Bt. Tamjis (06-2683998 / 017-6698604)
Pjw 2 : Hjh Buniatin Bt. Supaat (06-2682025 / 013-6531411)

  e-Hubung Masjid Bukit Nibong


Alamat Masjid:
Masjid Ar Ridwan,
Km 16, Kg Bukit Nibong,
75460 Paya Dalam,
Melaka.
Tel: 06-2685020

  Sudut Dalam Masjid Bukit Nibong

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)