Masjid Bukit Katil


MASJID RAUDHATUL JANNAH, BUKIT KATIL

Latar Belakang
Masjid Bukit Katil yang awal telah di bina pada tahun 1918 di jalan Bukit Bayan.Jalan Bukit Bayan merupakan jalan utama kereta lembu untuk menuju ke Sungai Pengkalan Badak sebagai pengkalan jalan sungai untuk pergi ke bandar Melaka.Masjid ini menjadi tempat persinggahan bagi yang ingin menunaikan sembahyang waktu atau menjadi masjid utama bagi kariah Bukit Katil untuk menunaikan sembahyang Jumaat.Struktur bangunan ini merujuk kepada kebanyakan seni bina masjid negeri Melaka yang berbumbung tiga tingkat.Ada yang mengatakan bentuk bangunan ini pengaruh dari masjid Demak,Sumatera.

Pembinaan masjid ini adalah dari sumbangan masyarakat kampung Bukit Katil termasuk tanah tapak masjid. Pembinaannya dibuat secara gotong royong. Disebabkan pertambahan penduduk semakin meningkat menyebabkan Masjid Lama Bukit Katil telah menjadi semakin sempit. Oleh itu tapak baru terpaksa dicari untuk pembinaan masjid baru. Ahli Lembaga Masjid telah bersetuju untuk membina masjid baru di satu tapak yang lebih strategik iaitu berhampiran dengan jalan utama Bukit Katil. Masjid Lama Bukit Katil juga tidak lagi menjadi jalan utama ke bandar  Melaka. Tapak yang dipersetujui ialah dipersimpangan antara Jalan Bukit Katil dan Jalan Bukit Bayan iaitu bekas tapak rumah kediaman bagi pekerja JKR Melaka. Selepas tapak masjid telah dipersetujui oleh ahli kariah Masjid Bukit Katil, maka pembinaan mula dibuat dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan dan juga sumbangan orang ramai. Anggaran kos pembinaan masjid ini ialah RM20,000.00. Selepas siap pembinaan, majlis perasmian telah dilakukan oleh T.Y.T. Melaka pada bulan April 1969.

Masjid ini pernah didatangi oleh Dr Mahathir bin Mohamad sempena lawatan kerja  dan  mengunjungi penduduk kampung Bukit Katil serta bersolat Jumaat bersama rakyat pada 25 Januari 2002 .

Disebabkan pertambahan penduduk akibat daripada pembinaan projek perumahan dan pembinaan jabatan kerajaan di Bukit Katil, ini menyebabkan ruang masjid yang dibina pada 1969 tidak mencukupi lagi. Ini menyebabkan pembinaan tambahan terpaksa dilakukan. Bahagian tambahan ini telah dirasmikan oleh Y.B.Tun Ghafar Baba pada tahun 1987. Dengan bertambahnya taman-taman perumahan di Kariah Bukit Katil menyebabkan  penduduk bertambah.  Dengan itu masjid yang ada perlu diperbesarkan atau di bina baru. Atas persetujuan kerajaan negeri, masjid baru perlu dibina .Masjid baru ini mempunyai ciri-ciri masjid negeri Melaka. Pada awal bulan Ogos 2003 telah mula pembina masjid baru dengan kelulusan kerajaan negeri dengan perbelanjaan lebih kurang RM2.5 juta. Masjid yang dibina telah siap dibina pada tahun 2004.Masjid ini boleh memuatkan lebih kurang 1,500 orang. Tingkat bawah digunakan untuk kaum wanita dan juga kegiatan masjid manakala tingkat satu ialah ruang solat utama. Tingkat mezanim pula dibuka untuk kanak-kanak.


     
     
     
     
     


Ahli Jawatankuasa Masjid :

Pengerusi : Hj Hassim B. Hj Abdul Rahman (06-2682749 / 013-6304514)
Tim.Pengerusi : Hj Baharom B. Hj Md Yasin (013-6168120)
Setiausaha : En Nasarudin B. Hj Nordin (06-2672994 / 012-6180461)
Pen.Setiausaha : Hj Sabtu bin Hj Wahab (019-6569660)
Bendahari : Hj Acim B. Hj Samad (06-2377040 / 012-6117489)

 

Pegawai Syarak Masjid :

 

Imam 1 : Hj Mahat B. Hj Salleh (06-2680679)
Imam 2 : Hj Baharom B. Hj Md Yassin (013-6168120)
Imam 3 : -
Bilal : En Nasarudin B. Nordin (06-2672994 / 012-6180461)
Noja : Hj Abd Rahim B. Amat
Pjw 1 : Pn Zainon Bt. Hassan
Pjw 2 : Pn Ronim Bt. Husrin (06-2314261)

  e-Hubung Masjid Bukit Katil


Alamat Masjid:
Masjid Raudhatul Jannah,
Km. 9.6 Bukit Katil,
75450 Melaka.
Tel: 06-2671535

  Sudut Dalam Masjid Bukit Katil

Bil
Program
Tarikh
1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

3 Januari 2015
( 12 RabiulAwal 1436H )

2. Bacaan Yassin Melaka Bandaraya Bersejarah

15 April 2015

3. Isra dan Mikraj

16 Mei 2015
( 27 Rejab 1436H )

4. Nisfu Syaaban

2 Jun 2015
( 15 Syaaban 1436H )

5. Awal Ramadhan

18 Jun 2015
( 1 Ramadhan 1436H )

6. Nuzul Al-Quran

4 Julai 2015
( 17 Ramadhan 1436H )

7. Hari Raya Aidilfitri

17 Julai 2015
( 1 Syawal 1436H )

8. Hari Raya Aidiladha

24 September 2015
( 10 Zulhijjah 1436H )

9. Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

13 Oktober 2015
( 30 Zulhijjah 1436H )

10. Sambutan Awal Muharam (Maal Hijrah)

14 Oktober 2015
( 1 Muharram 1437H)

11. Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul)

24 Disember 2015
( 12 Rabiulawal 1437H)